Monday 14 May 2012

:: Ke!nSafAn mEmbAwa kEberKatAn ::

SesEkaLi ApaB!la mEmaNdanG kE BelAkanG....

betapa banyaknya kecuaianku yang tersembunyi,
sedangkan Engkaulah mengasihani & mengurniakan untuku,
apabila aku fikirkan penyesalanku ke atas perkara ini,
aku menggigit jari-jariku dan aku menggertakkan gigiku,
aku menjadi cair,
aku menjadi cair dengan perhiasan dunia ini,
aku menjadi cair dengan perhiasan dunia ini sebagai fitnahnya,
aku juga telah merugikan sepanjang umurku dengan hanya berangan-angan,
orang ramai menyangkakan aku ini baik sedangkan aku ini adalah orang yang terhina,
aku tidak memiliki apa-apa helah melainkan pengharapanku,
ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Esa,
ampunkanlah dosa-dosa kami dan kurniakanlah kami inayah supaya kami bertaubat.

toleh lah masa silam untuk muhasabah diri.
indah kan syair arab tersebut. nie korang, nk gtaw sikit. syair yg terselit makna yg terlalu indah ini menunjukkan kepada kita betapa seorang insan yg berada dipersimpangan keliru dgn pujian & pengharapan org lain terhadapnya. org menyangkanya baik sedgkan dia menyedari bahawa dirinya adalah seorg yg terhina. org hanya melihat sebagaimana dia hari ini. 

kata org, seandainya dosa dpt dilihat pasti diri kita dipenuhi dengan noda. seandainya pula pahala itu dapat dilihat pasti diri diliputi rasa riak. maka, muhasabah diri ini penting supaya kita sentiasa ikhlas dlm beramal tanpa cuba mengimpikan sanjungan & pujian org lain. 


No comments:

Post a Comment