Monday 14 May 2012

:: Ke!nSafAn mEmbAwa kEberKatAn ::

SesEkaLi ApaB!la mEmaNdanG kE BelAkanG....

betapa banyaknya kecuaianku yang tersembunyi,
sedangkan Engkaulah mengasihani & mengurniakan untuku,
apabila aku fikirkan penyesalanku ke atas perkara ini,
aku menggigit jari-jariku dan aku menggertakkan gigiku,
aku menjadi cair,
aku menjadi cair dengan perhiasan dunia ini,
aku menjadi cair dengan perhiasan dunia ini sebagai fitnahnya,
aku juga telah merugikan sepanjang umurku dengan hanya berangan-angan,
orang ramai menyangkakan aku ini baik sedangkan aku ini adalah orang yang terhina,
aku tidak memiliki apa-apa helah melainkan pengharapanku,
ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Esa,
ampunkanlah dosa-dosa kami dan kurniakanlah kami inayah supaya kami bertaubat.

toleh lah masa silam untuk muhasabah diri.
indah kan syair arab tersebut. nie korang, nk gtaw sikit. syair yg terselit makna yg terlalu indah ini menunjukkan kepada kita betapa seorang insan yg berada dipersimpangan keliru dgn pujian & pengharapan org lain terhadapnya. org menyangkanya baik sedgkan dia menyedari bahawa dirinya adalah seorg yg terhina. org hanya melihat sebagaimana dia hari ini. 

kata org, seandainya dosa dpt dilihat pasti diri kita dipenuhi dengan noda. seandainya pula pahala itu dapat dilihat pasti diri diliputi rasa riak. maka, muhasabah diri ini penting supaya kita sentiasa ikhlas dlm beramal tanpa cuba mengimpikan sanjungan & pujian org lain. 


Sunday 13 May 2012

~ k!Ta TengGeLam daLam NafSu ~


assalammualaikum

kali nie saye nak promote satu buku yg korg mesti bace. yela kan, setitik ilmu sejuta makna. =) korg tengok dulu buku kat bawah nie ea... ni haa..



UBAT JIWA... buku nie la, carik la di kedai2 k. =).
kita semua manusia, hambaNya tidak akan terlepas dr melakukan dosa. oleh iu, utk mengingatkan diri kita msg2 & diri sy sendiri sesama umat Islam sy ingin berkongsi sedikit ilmu dari pembacaan sy melalui buku di sebelah ni. naskhah ni terdpt empat bab di dlmnya yg terdiri drpd Akhlak Cermin Peribadi, Motivasi Pemangkin Semangat Diri, Keinsafan Membawa Keberkatan & Tertutupnya Tirai Kehidupan. insyaallah, buku ini akan membantu & menjadi sumber kekuatan bg sesiapa yg kecundang mindanya dan & juga merupakan peringatan ketika susah & senang agar tak pernah melupakn Yang Maha Esa. 








LETAKKAN DUNIA DI TANGAN BUKAN DI HATI






KITA SUKAR MENGAKUI KESALAHAN - melarikan diri drpd kesilapan umpama enggan mengakui kelemahan diri.

kita sama2 renung balik apa yg dah berlaku sekeliling korang sejak usia korang dari kecil lagi . pelbagai kesalahan yg dh kita lakukan, namun sebanyak mana kita akan mengakui silap kita tu? haha..dah sedar bkn? mesti peratusan menyalahkan org ataupn benda lain lebih tinggi berbanding mengakui kesilapan diri. nah, dah terbukti bhawa kita sukar mengakui kesilapan. 

jap lagi, saya ambik sedikit cth yg ad dlm buku di atas k, kalo korg nak dptkan lebih lagi ilmu utk kekuatan diri, korg carikla buku tu. saya jamin, korg mesti puas ati punye laa. =) ok, kita tgok cth situasi di bawah. 

"Lubang tu la. Seluas2 tanah, dekat situ pula dia ada. Tak pasal2 kaki berdarah," kata seorang kanak2 kpd ibunya. matanya trut mengalirkan airmata. darah yg keluar drpd luka memg byk. pedih pula terasa apablia diletakkan ubat.

"betul tu. lubang tu besar sangat, kan? kesian anak mak. nanti kejap lagi mak akan pukul lubang tu dgn cangkul. mak kambus terus pun boleh," bela si ibu sambil matanya menjeling ke arah lubang yg dimaksudkan. 

entah siapa yg menggali lubang berkenaan , getus hati si ibu lagi. benar, ibu mana yg sanggup melihat anaknya menangis. apatah lagi mengalami luka shgga berdarah, lgpun, bkn salah anaknya. x sengaja kaki trejerumus ke lubang berkenaan. jika lubang itu adlh manusia, pasti akn dimarahinya.

"kamu dah tahu ada lubang dekat situ, tp kat situ jugaklah kamu pergi. bkn salah lubang tu. kamu sendiri tu yg tak berhati2," sampuk si ayah sambil berlalu sementara si ibu & anak hanya mendiamkan diri.

kita menuding satu jari ke arah org lain tanpa ita sedar kita dah menuding baki empat jari kpd diri sendiri. =) 

begitulah, mgkin korg sendiri kurg menyedari. semenjak kecil kita dilatih utk menyalahkan sesuatu yg lain. malah, kita sering menyalahkan org lain walaupn kesilapan berkenaan disebbkan kelemahan diri sendiri. 

hambekkaw aaa..salah menyalah lah korg. 
lihatlah sekeliling korang. bagaimana seorg pemain bola sepak menyalahkan padang keika pasukannya kalah. sama seperti seorg pekerja menghamburkan cacian kpd majikannya sdgkn dia x berdisiplin. begitu juga apabila seorang suami menyalahkan isterinya sebagai punca kedinginan sebuah rumahtgga. sedangkn dia sebenarnya x mempunyai ilmu pengurusan rumahtgga. 

ketika keadaan terdesak , kita akn mencari alasan yang beribu2 kali demi melepaskan diri drpd sebarang kejadian @ musibah yg berlaku. lantas kita akan merasa selesa seandainya tdk dipersalahkan, biarpun alasan yg diberikan telah menyebabkan kita terpaksa menipu. lebih teruk lagi kita salahkan org lain. akhirnya, org lain terpaksa menjadi mangsa keadaan.

memilih untuk menyalahkan diri sendiri sebenarnya lebih mulia drpd menuding jari kpd org lain. kita akn lebh mdh mempelajari kesilapan diri. alangkah indahnya apabila kita hanya akan menghitung aib sendiri berbanding org lan. 

teruslah membaca & cark buku ni k korang, semoga segala ilmu yg berjalan bermanfaat di dunia & akhirat.

chilll.. ^___^ .








Sunday 6 May 2012

muL!a bErkAt KesAbaRAn


assalammualaikum korang sume....^_^

gen-Q .. generasi Quran
jgnlah ketat sgt muke 2. senyum2 lah skit ea. mcm mane hari nie? penat? letih? muram? seronok? happy? papepun perasaan yg korg rasa, semoga semuanya di redhai Allah k.

ok la, kali nie saye nak kongsi ckit ngn korg. td mase kemas2 rumah, jumpelah buku nie.. nie kat sebelah nie..haa...buku kwn serumah punye.. hehe. 



mengikut ahli sufi, sifat sabar adalah salah satu daripada jalan yg dapat menyelamatkan diri baik di dunia & juga akhirat. ini adalah kerana sifat sabar dapat membentuk serta membimbing jiwa agar tidak membuat sesuatu itu tanpa berfikir baik buruknya. dengan itu maka mudahlah jiwa menghadam ajaran al-Quran dan sunnah serta taat menjalankan segala perintah Allah serta menjauhi segala larangan Nya.

sifat sabar mencakupi 3 aspek penting dlm usaha mencapai kesempurnaan iman & ketakwaan kepada Allah s.w.t: 

1) bersabar dlm hati mmbolehkn seseorg itu sentiasa beringat utk memelihara iman, mnjaga kesucian hati, mempertahankan kejujuran & keikhlasan dlm melaksanakn sesuatu perkara.

2) bersabar dgn fizikal bagi memperkuatkn ketekunan & ketahanan dlm melakukn riadah, kerja & perjuangan utk mencapai keredhaan Allah.

3) bersabar dgn lisan, iaitu sentiasa mnjaga & memelihara lisan @ perkataan agar berlaku jujur & ikhlas sesuai dgn yg terlintas dlm hati



Al-Baqarah [153] Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. 

Saturday 5 May 2012

EMPAT !stEr!, jAgalAh yAng pErtaMa


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku." 


Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

tubuh badan @ jiwa rohani


Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!


bErtUtUR & mEnDeNgAr

kali ini sy akn berkongsi sedikit dgn korg perihal "bertutur & mendengar antara lelaki & wanita". supaya korg lebih fhm antra satu sama lain, rajin2 lah baca entry saye keyh. =)

tujuan wanita bercakap kerana dia mahu bercakap. namun, percakapan yang tidak henti-henti perihal masalah yang dihadapinya membuatkan lelaki menyangka yg dia sedang merayu supaya diberikan jalan penyelesaian. oleh sbb itu, lelaki memilikiotak yg sentiasa membuat penilaian, lelaki akn terus menyampuk percakapan wanita.

apabila wanita bercakap bagi menghabiskan kesemua ayat yg belum digunakan pd hari itu, dia tidak mahui diganggu dgn pelbagai cadangan yg bertujuan menyelesaikan masalah. ini sebenarnya berita baik bg lelaki. anda tidak dikehendaki memberi respon, anda hanya perlu mendengar. apabila habis bercakap, wanita merasa lega & gembira. dia juga turut mrasakan anda org yg baik kerana mahu mendgr. bercakap perihal masalah seharian dpt menolong wanita pd zaman moden ini mengurangkn ketegangan. mereka menganggapnya sbgai cara membina ikatan & satu bentuk bantuan. itulah sbbnya mengapa lebih ramai wanita berjumpa kaunselor & lebih ramai kaunselor terdiri drpd wanita . ini krn mreka sememangnya sedia terlatih spy mendengar.




MENGAPA HUBUNGAN BOLEH TERPUTUS

sebanyak 74 % wanita yg bekerja & 98% wanita xbekerja menyatakn kegagalan utama suami ataupn pasangan mereka dlm perhubungan krna mereka tdk mahu bercakap pd penghujung hari.

wanita drpd generasi terdahulu tidak menghadapi masalh ini krn mereka rata2nya mempunyai anak yg ramai serta mmpunyai ramai rakan wanita di sekeliling mereka. mereka ini semuanya dpt dijadikan teman berbual & pemberi sokongan.

pd zaman ini, ibu2 yg tidak bekerja & hanya tggal di rumah mungkin berasa terasing apbila jiran2 wanita mereka sibuk bekerja. wanita yg bekerja menghadapi kurg masalah dgn lelaki yg tdk mahu bercakap krn mereka puas bercakap dgn org lain pd siang hari.



BAGAIMANA LELAKI BERCAKAP?

lelaki menyatakan dgn ayat yg ringkas & teratur. ayatnya mempunyai pembukaan yg mudah, butirannya nyata & ditutup dgn rumusan. mudah memahami apa yg lelaki maksudkan @pun mahu. kenyataan yg mengandungi pelbagai perkara pada suatu masa membuatkan lelaki keliru. wanita perlu tahu dlm meyakinkan @pun memujuk lelaki, mereka perlu menyatakan pandangan @ idea satu persatu dgn jelas.

syarat bercakap dgn lelaki: 
biar jelas. nyatakan kpdnya satu perkara pd satu masa & berikannya masa berfikir.

supaya lebih selamat, wanita dinasihatkan menggunakan struktur ucapan lelaki apabila mahu menyampaikan idea kpd kumpulan yg terdiri drpd lelaki & wanita. kedua2 jantina dpt mengikuti apa yg diucapkan apbila cara bercakap lelaki digunakan. namun, lelaki mudah hilang minat mendengar sekiranya apa yg diperkatakan itu mengikut cara wanita. cara wanita sering menyatakan banyak perkara yg sama pd satu masa.

STRATEGI KTIKA BERCAKAP DENGAN LELAKI


lelaki hanya mencampuri prcakapan org lelaki lain apabila merasakn dirinya ditandingi @pun dikasari. strategi yg mudah untk bercakap dgn lelaki ialah,  JANGAN MENGGANGGUNYA KETIKA DIA  BERCAKAP. agak sukar bagi wanita menggunakan sgtrategi ini krn mereka menganggap bercakap srentak dpt menolong membina perhubungan & membuatnya rasa terlibat dlm perbincangan. 


okieeyy...semoga korang2 sekalian dpt sedikit ilmu dr pembacaan entry kali ini k. semoga lebih memahami pasangan, rakan dan saudara/i yg berlainan jantina di sekeliling anda. live a life! ^_^


jadilah pendengar yg baik bagi pasangan anda, semoga hubungan akan teteap utuh.=)



|| bErcAkap || lelaki vs wanita

WANITA MEMANG SUKA BERCAKAP

apabila duduk bersama menonton televisyen, kump wanita selalunya bercakap perihal pelbagai perkara termasuk perihal anak2, lelaki, kerjaya @pun apa shj yg sdg berlaku dlm kehidupn mereka. apbila lelaki & wanita duduk bersama menonton televisyen, lelaki selalunya menyuruh isteri mereka diam. lelaki tdk dpt menonton & bercakap pd masa yg sama. mereka perlu memilih sama ada mahu menonton @pun bercakap. pd masa yg sama mereka tidak dpt memahami bagaimana wanita dpt membuat 2 perkara itu secara serentak. wanita sentiasa merasakn tujuan mereka berkumpul adalah supaya sama2 berseronok & merapatkn hubungan. mereka tdk mahu hanya duduk bermalas2n di sofa sambil merenung kaca televisyen.

bagi wanita, bercakap adalah peluang membina perhubungan & mendapat kawan baru. bg lelaki pula, bercakap adalh proses mengaitkan fakta. lelaki menganggap telefon sebagai alat perhubungan menyampaikan fakta & maklumat kpd org lain. namun wanita menggunakannya bg menjalinkan hubungan.



LELAKI SUKA BERCAKAP DALAM HATI

sifat lelaki berkembang drpd karekter pahlawan. pelindung & penyelesai masalah. kecenderungan otak & penyesuain sosial menghalang mereka drpd mempamerkan rasa takut & tdk pasti. 

Thursday 26 April 2012

/// wHy MeN DON'T L!sTeN & w0meN CAN"T rEaD mAps ///

Lelaki dan perempuan itu BERBEZA. buknlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. mereka cuma berbeza. ahli sains, ahli antropologi & ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki & perempuan mempunyai kemahiran kebolehan & potensi yg sama. ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yg kedua2 jantina ini berbeza.

berkaitan hal ini , di sini saya akan berkongsi dgn korang2 sekalian tentang buku ini. sempat gak laaa nk belek2 buku nie, tengah tggu bas, tgah dok santai2 kenn.. ^_^ . buku "why men don't listen & women can't read maps ni, bukan sahaja membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. hasilnya, kita mampu menjalin hubungan & interaksi yg lebih menggembirakan & memuaskan.

 buku tulisan allan& barbara pease ni, mengambil masa selama tiga tahun & mengembara sejauh 4000 kilometer bagi menulis buku ini. tapi yg saya baca versi melau la.. hehe..

ni la buku nye.. =D. sy suggest korg dptkan cpat2 kat kedai buku lah k. pasti best & memuaskan.




   
ni versi english




yg nie just intro k. nanti sy kongsi lagi ngn korg isi2 kandungan nye. kite berkongsi ilmu keyh.. okieee... ^__^

Tuesday 24 April 2012

StrResSsSsSsSsSs....!!!!

"stres bukan untuk dihapus, tetapi untuk diurus.dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stres. sedikit stres diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. namun jangan berlebihan, ia akan menyebabkan masalah"

begitulah sedikit kate2 yg saye petik dalam pembacaan saye, majalah solusi isu no.39. stres mempunyai manfaat & mudaratnya. semuanya atas pengurusan tiap individu itu sendiri. stres merupakan reaksi tabie tubuh badan kite terhadap rangsangan fizikal & emosi. oleh sebab itu, stres adalah fitrah manusia. maksudnya, stres ialah keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia.

Allah berfirman yg bermaksud: " sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah gelisah. apabila ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah.dan apabila mendapat kesenangan dia sangat bakhil." 

dalam apa jua keadaan, lebih2 lagi dalam keadaan yang terdesak, manusia sangat memerlukan tuhan. dan indahnya, Allah sentiasa hmpir dgn kite dan sentiasa mendengar rintihan hambanya. inilah perkara utama yg perlu diingati, dlm hidup kite perlukan tuhan & mesti bersama2nya pada setiap ketika & keadaan.

maksudnya, kite mesti sentiasa sedar tujuan Allah menciptakan kite adalah untuk menjadi hamba Allah & khalifah di muka bumi. & untuk misi itu, Allah telah kurniakan pelbagai kekuatan dlm diri kite. 

nilah majalah solusinye =) 

dengan iman kite yakin ujian & cabaran itu dtg daripada Allah. iman menimbulkan rasa baik sgka, rasa pengharapan & keyakinan kepada pembelaan Allah. 

MANFAAT STRES


* stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih


* stres akibat hubungan kita yg x mesra dgn ibubapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus trg & melakukan tindakan2 +ve bg membetulkan keadaan


* stres kerana jahil akan mendorong seseorg itu bangun menimba ilmu. 


* stres merasakan diri berdosa akan mendorong org yg masih asa sekelumit iman dlm hati beristighfar, bertaubat dgn sungguh2 & berazam x akan mengulangi dosa silam.


* stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akn memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dlm hidup.





hihi..yg nie stres keje melambak2. haaa..tgguhkan la keje2 tue, atlast, stress.. weee..


nie stress failed stres test..dhla stres, failed plak stres test.. hihihi..ape pon x bley..kenn.. 









Wednesday 11 April 2012

Malaysia dilanda Gempa Bumi??

11 April 2012, jam 7:47 malam.

satu panggilan telefon saye terima. "dah tau k? dah tengok dh?" ... "tau ape? tengok ape???" tetiba perasaan ingin tahu meluap2. "laa..nie confirm x online lagi nie. org lain dah sibuk2, kalut dengan gempa bumi kat Acheh harini." erkkk...nape saye lambat taw.. hmm..dgn sepantas yg mungkin saye trus online. semoga semuanya dilindungi dan selamat Ya Allah..kepadaMu ku berserah ya robb..

"dari maklumat media Indonesia, gempa berkekuatan 7,6 Skala Ritcher telah melanda Nangroe Aceh Darussalam. gempa bumi itu berada di koordinat 2.32 LU, 92.82 BT. kedalaman gempa berukuran 10kilometer. BMKG mengeluarkn peringatan adanya potensi gelombang tsunami untuk wilayah Provinsi, Aceh, Sumatera Utara, Bengkulu dan Lampung."

Ya Allah, hati berbisik adakah tsunami sekali lagi akn melanda?? semoga dijauhi malapetaka. saye jd lebih kalut, takut bila dpt taw amaran dikeluarkan, gegaran turut akan dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Sekiranya berlaku tsunami, ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pd 9.11pm, Port Dickson pd 2.10am dan Singapore 7.10am.

Port Dickson?? Ya Alah terasa dekatnya di bumi Nilai nie. Maha Besar kekuasaan Allah. petanda Allah murka??

Alhamdulillah, Allah masih melindungi. semuanya hanya ramalan manusia yang serba kekurangan. kira2 pukul 10mlm, amaran telah ditarik balik dan insyaallah dijangka selamat dan tidak berlakunya tsunami. brgkali di sana ada jawabnya.. mengapa di tanahku terjadi bencana?? mungkin tuhan mulai bosan, melihat tingkah kita. yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa.




gelombang tsunami

amaran tsunami yg telah dikeluarkan



Tuesday 3 April 2012

SUAMI YANG KU BENCI

ahaa..nie novel yang pertama saya beli n dapatkan dalam tahun 2012 nie. "SUAMI YANG KU BENCI" hahhaha..cedok sikit baucar rm200 tu..hihi.. ^__^


nielah novel suami yang ku benci tu. ^_^

               
burger kat cover novel tu cam sedap je kan..hihi

"seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya, tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai"






perkahwinan di antara Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yg mencucuk tangkai hati Hannah. dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorg penjual burger x layak utk memilikinya sbg seorg isteri. kalaulah bekas tungnya tidak mencontneg arang pd maruah keluarganya pasti perkahwinan ini tak akn terjd. 



Friday 23 March 2012

CEKIDAOUT! @_@

Salam semuanya yg sudi menjenguk blog neyh.. =) hari nie baru berkesempatan nak post kat sini. weehee.. kamu..kamu..kamu.. & kamu.. rajin2 lah singgah kat blog neyh okiee. nak kongsi ngn korg..ilmu.. tak banyak sikit2 bule lah..tentang hasil dari pembacaan pelbagai genre buku yg dh saye bace. mostly, novel kot..buku2 motivasi..same2 kite bermotivasi, majalah.. & ape2 buku yg pernah singgah kat mate saye nie laa.. wee.. yeay!! cekidaout.. ^_^

ilmu itu cahaya hati.. so..rajin2lah membace ye =D



* jalan2,lalu, lintas..meyhla singgah cnie jap..