Thursday 26 April 2012

/// wHy MeN DON'T L!sTeN & w0meN CAN"T rEaD mAps ///

Lelaki dan perempuan itu BERBEZA. buknlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. mereka cuma berbeza. ahli sains, ahli antropologi & ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki & perempuan mempunyai kemahiran kebolehan & potensi yg sama. ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yg kedua2 jantina ini berbeza.

berkaitan hal ini , di sini saya akan berkongsi dgn korang2 sekalian tentang buku ini. sempat gak laaa nk belek2 buku nie, tengah tggu bas, tgah dok santai2 kenn.. ^_^ . buku "why men don't listen & women can't read maps ni, bukan sahaja membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. hasilnya, kita mampu menjalin hubungan & interaksi yg lebih menggembirakan & memuaskan.

 buku tulisan allan& barbara pease ni, mengambil masa selama tiga tahun & mengembara sejauh 4000 kilometer bagi menulis buku ini. tapi yg saya baca versi melau la.. hehe..

ni la buku nye.. =D. sy suggest korg dptkan cpat2 kat kedai buku lah k. pasti best & memuaskan.




   
ni versi english




yg nie just intro k. nanti sy kongsi lagi ngn korg isi2 kandungan nye. kite berkongsi ilmu keyh.. okieee... ^__^

Tuesday 24 April 2012

StrResSsSsSsSsSs....!!!!

"stres bukan untuk dihapus, tetapi untuk diurus.dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stres. sedikit stres diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. namun jangan berlebihan, ia akan menyebabkan masalah"

begitulah sedikit kate2 yg saye petik dalam pembacaan saye, majalah solusi isu no.39. stres mempunyai manfaat & mudaratnya. semuanya atas pengurusan tiap individu itu sendiri. stres merupakan reaksi tabie tubuh badan kite terhadap rangsangan fizikal & emosi. oleh sebab itu, stres adalah fitrah manusia. maksudnya, stres ialah keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia.

Allah berfirman yg bermaksud: " sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah gelisah. apabila ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah.dan apabila mendapat kesenangan dia sangat bakhil." 

dalam apa jua keadaan, lebih2 lagi dalam keadaan yang terdesak, manusia sangat memerlukan tuhan. dan indahnya, Allah sentiasa hmpir dgn kite dan sentiasa mendengar rintihan hambanya. inilah perkara utama yg perlu diingati, dlm hidup kite perlukan tuhan & mesti bersama2nya pada setiap ketika & keadaan.

maksudnya, kite mesti sentiasa sedar tujuan Allah menciptakan kite adalah untuk menjadi hamba Allah & khalifah di muka bumi. & untuk misi itu, Allah telah kurniakan pelbagai kekuatan dlm diri kite. 

nilah majalah solusinye =) 

dengan iman kite yakin ujian & cabaran itu dtg daripada Allah. iman menimbulkan rasa baik sgka, rasa pengharapan & keyakinan kepada pembelaan Allah. 

MANFAAT STRES


* stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih


* stres akibat hubungan kita yg x mesra dgn ibubapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus trg & melakukan tindakan2 +ve bg membetulkan keadaan


* stres kerana jahil akan mendorong seseorg itu bangun menimba ilmu. 


* stres merasakan diri berdosa akan mendorong org yg masih asa sekelumit iman dlm hati beristighfar, bertaubat dgn sungguh2 & berazam x akan mengulangi dosa silam.


* stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akn memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dlm hidup.





hihi..yg nie stres keje melambak2. haaa..tgguhkan la keje2 tue, atlast, stress.. weee..


nie stress failed stres test..dhla stres, failed plak stres test.. hihihi..ape pon x bley..kenn.. 









Wednesday 11 April 2012

Malaysia dilanda Gempa Bumi??

11 April 2012, jam 7:47 malam.

satu panggilan telefon saye terima. "dah tau k? dah tengok dh?" ... "tau ape? tengok ape???" tetiba perasaan ingin tahu meluap2. "laa..nie confirm x online lagi nie. org lain dah sibuk2, kalut dengan gempa bumi kat Acheh harini." erkkk...nape saye lambat taw.. hmm..dgn sepantas yg mungkin saye trus online. semoga semuanya dilindungi dan selamat Ya Allah..kepadaMu ku berserah ya robb..

"dari maklumat media Indonesia, gempa berkekuatan 7,6 Skala Ritcher telah melanda Nangroe Aceh Darussalam. gempa bumi itu berada di koordinat 2.32 LU, 92.82 BT. kedalaman gempa berukuran 10kilometer. BMKG mengeluarkn peringatan adanya potensi gelombang tsunami untuk wilayah Provinsi, Aceh, Sumatera Utara, Bengkulu dan Lampung."

Ya Allah, hati berbisik adakah tsunami sekali lagi akn melanda?? semoga dijauhi malapetaka. saye jd lebih kalut, takut bila dpt taw amaran dikeluarkan, gegaran turut akan dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Sekiranya berlaku tsunami, ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pd 9.11pm, Port Dickson pd 2.10am dan Singapore 7.10am.

Port Dickson?? Ya Alah terasa dekatnya di bumi Nilai nie. Maha Besar kekuasaan Allah. petanda Allah murka??

Alhamdulillah, Allah masih melindungi. semuanya hanya ramalan manusia yang serba kekurangan. kira2 pukul 10mlm, amaran telah ditarik balik dan insyaallah dijangka selamat dan tidak berlakunya tsunami. brgkali di sana ada jawabnya.. mengapa di tanahku terjadi bencana?? mungkin tuhan mulai bosan, melihat tingkah kita. yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa.




gelombang tsunami

amaran tsunami yg telah dikeluarkan



Tuesday 3 April 2012

SUAMI YANG KU BENCI

ahaa..nie novel yang pertama saya beli n dapatkan dalam tahun 2012 nie. "SUAMI YANG KU BENCI" hahhaha..cedok sikit baucar rm200 tu..hihi.. ^__^


nielah novel suami yang ku benci tu. ^_^

               
burger kat cover novel tu cam sedap je kan..hihi

"seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya, tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai"






perkahwinan di antara Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yg mencucuk tangkai hati Hannah. dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorg penjual burger x layak utk memilikinya sbg seorg isteri. kalaulah bekas tungnya tidak mencontneg arang pd maruah keluarganya pasti perkahwinan ini tak akn terjd.